IBNU KHALDUN (PAKAR EKONOMI ISLAM)
Ibn Khaldun kemukakan teori ekonomi Islam.Ibn Khaldun atau nama
sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad
bin al-Hasan lahir di Tunis pada 1 Ramadan 732H Keluarganya berasal
daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville,
Italy, dan Sepanyol Akhirnya berpindah dan menetap di Afrika Utara
semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Ibn Khaldun mendapat pendidikan
dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan
Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah
Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad
bin Abd al-Salam. Ibn Khaldun menjadi cendekiawan yang agung sehingga
disanjung oleh Barat kerana buah fikirannya, Walau bagaimana pun jarang
umat Islam mengkajinya.
Sebenarnya, sumbangan pemikiran Ibn Khaldun dalam ekonomi banyak
dimuatkan dalam hasil karya agungnya, al Muqaddimah. Antara teori
ekonomi yang terdapat dalam karyanya masih lagi relevan dengan masalah
ekonomi semasa. Ibn Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan
falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama
(cooperation), kesederhanaan (moderation), dan fairness. Berhubung
dengan keadilan (Justice), Ibn Khaldun telah menekankan bahawa keadilan
merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonom. Apabila
keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan
musnah.
Menurut beliau, ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas
wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah,
mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau
membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga kalau meminta
seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Beliau
mengkategorikan perampas harta orang lain secara tidak sah hingga
memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak
adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan
harga yang paling murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara
yang tidak betul.
Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara
dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas
sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh
Islam.
Manusia dan Ekonomi
Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea
Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan
falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam
aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal).
Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic
man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi
misinya di atas muka bumi ini.
Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi
perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai
model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada
kehidupan akhirat.
Teori Pengeluaran
Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa
menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan
permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh
dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan
faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor lain
seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat
akhir.
Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras
harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini
beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap
bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.
Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan
pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini
dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan
tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun
lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang
sama.
Teori Nilai, Wang dan Harga
Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use
value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan
tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai
buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.
"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk
mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia
untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata
Ibn Khaldun.
Teori Pengagihan
Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama
iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini
merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau
membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran,
pertukaran, dan perkhidmatan awam. Menurut Ibn Khaldun, nilai atau
harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam
pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada
penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan
oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala
keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga
antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara
kedua-dua harga itu.\
REFERENSI:
1.http://alhakelantan.tripod.com
2.http://skpdl2u.blogspot.com/2012/05/ibnu-khaldun-pakar-ekonomi-islam.html
3.
bukuibnukhaldun.blogspot.com/2013/06/siapakah-ibnu-khaldun.html